Sunday, October 26, 2008

Menjadi Tetamu Allah lagi tahun 2008 ini...



Salam....


Aku mohon maaf sebab tidak sempat untuk menyambung cerita kenangan bersama Cikgu Fauzi seperti dijanjikan dalam posting lalu... Kekangan masa membuatkan aku tidak mampu aku mencelah menulis.. Insyaallah, jika ada kesempatan nanti aku cuba karang..

Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi aku ditawarkan untuk menjadi petugas perubatan Rombongan Petugas Rasmi Tabung Haji Musim 2008/1429H.. Aku dijadualkan bertolak ke Tanah Suci pada jam 11.00pagi hari Khamis 30 Oktober 2008 dengan penerbangan KT01 - MH8000 ke Madinah.




Semalam keluarga aku dari Machang datang. Cik bersama Abg Yie sekeluarga, Lah sekeluarga bermalam di rumah aku yang sempit ni. Petang nanti mereka akan pulang dan hanya tinggalkan Cik yang akan bersama-sama aku pergi ke KL dengan flight lusa (Rabu). Terima kasih dan setinggi penghargaan aku kepada mereka kerana bersusah payah datang sebab aku tak sempat balik Machang sebelum berangkat.

Lusa aku bersama Cik akan naik flight di Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KL dan akan bermalam di rumah Zzy, adik aku yang tinggal di Subang Jaya. Pagi Khamis nanti...jam 7.00pagi aku kena lapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya. Insy jika tiada aral, penerbangan KT01 MH8000 akan berlepas di KLIA jam 11.00 pagi. Seperti kebiasaan, kami akan diangkut dengan bas yang akan diiringi oleh polis peronda ke KLIA. Begitu hebat keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada para jemaah haji, tetamu Allah...Tinggal lagi, kita sendirilah nanti yang akan menentukan tahap amalan dan kualiti ibadah yang akan dilaksanakan sepanjang berada di Tanah Suci nanti..




Semoga Allah akan memberikan kemudahan dan kejayaan kepada aku sepanjang misi bertugas kali ini. Aku doakan semoga isteri tercinta dan anak tersayang akan meredhai pemergian aku dan tabah menghadapi sebarang cabaran semasa aku disana. Diharapkan perpisahan ini, hanya sementara...tetapi Allah Maha Bijaksana mengatur ketentuan hidup kita semua... Aku mohon ampun dan maaf dari semua..ibu, ayah/ibu mertuaku, abang & adik serta semua manusia yg pernaah aku berurusan dan mungkin telah melakukan sebarang kesalahan dan dosa kepada mereka...Ya Allah berkatilah dan rahmatilah perjalananku ini...Aminn..

Aku tidak tahu bila pula boleh dijengok lagi blog ini dan membuat catatan berikutnya...jka ada kemudahan di Tanah Suci, insy aku akan cuba catatkan sesuatu...

Hingga jumpa lagi....

Saturday, October 11, 2008

Cikgu Fauzi dalam kenangan.....



Petang selasa lepas (7 Oktober), semasa aku sedang memandu pulang dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Taklimat Protokol untuk petugas perubatan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 215 yang akan berlangsung dari 13-16 oktober nanti....aku menerima panggilan dari Cikgu Ariffin (Pengetua SMK Seri Paka - bekas guru SMSD) memaklumkan tentang Cikgu Fauzi kena serangan sakit jantung dan dimasukkan ke Hospital Melaka sejak raya ke2 (2hb syawal)..

Cikgu Ripin bertanyakan samada aku ada kenal dengan mana2 doktor di Johor Baru sebab kemungkinan besar Cikgu Fauzi akan dirujuk ke Hospital di JB untuk rawatan lanjut masalah yang beliau sedang hadapi kini....Malangnya, aku tak kenal sorangpun doktor kat sana....di kawasan lain Johor ada la, tapi tak relevan dan tidak dapat membantu... Berdasarkan sedikit maklumat daripada Cikgu Ripin petang itu, aku dapat mengagak yang Cikgu Fauzi kena serangan jantung yang agak teruk!!... Dikesempatan itu, aku minta nombor hp isteri cikgu fauzi, cikgu salmah untuk mengetahui lanjut masalah beliau....

Jam 8.50 malam, aku terus telefon Cikgu Salmah.... Nada suaranya agak panik masa mula menjawab, cemas dan gelabah... Dia bagitau yang Cikgu Fauzi baru kena serangan jantung kali kedua pukul 7.50 malam...dan berada dalam keadaan tenat dalam ICU.Doktor sedang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan beliau..Aku tidak sempat bercakap panjang dengan Cikgu Salmah. Yang jelas beliau amat cemas pada masa itu.. Aku cuma mampu memberikan sepatah dua kata2 untuk menenangkan beliau...Perbualan kami tamat di situ..

Tidak lama selepas itu lebih kurang jam 9.50 mlm, aku menerima panggilan telefon daripada Cikgu Ripin memaklumkan yang Cikgu Fauzi telah meninggal dunia pada jam 8.30 malam. Rupa-rupanya semasa aku bercakap dengan Cikgu Salmah tadi, Cikgu Fauzi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir!!..Innalillahi wainna ilahi raajiuunn....Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh beliau dan memasukkan beliau di dalam golongan orang-orang yang soleh dan mendapat keampunanNya..Amiiin!!

...akan bersambung nanti, bila aku free sket...

Thursday, October 2, 2008

...Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1429H..

1 Syawal menjelma lagi.... Kali ni giliran kami beraya di Machang dulu... Saban tahun sejak 1995, kami bergilir beraya Raya Pertama antara Machang dan Temerloh...tapi yang pasti dan tak pernah 'miss', raya posa mesti balik kedua-dua kampung...Kg Kweng Hitam, Machang dan Kg. Kuala Mai, Temerloh... Untuk raya haji, beraya satu tempat saja...gilir tahun. So tahun ni...pastinya di Kuala Mai lah pulak!


Raya tahun ni.... sangat meriah kerana kesemua 8 orang adik-beradik aku berkumpul di Machang...ke semua ahli ialah 34 orang!!! Pecahannya gini..ibuku (Cik), keluarga Abg Yie (2+5), keluarga aku (2+5+1(bibik)), keluarga Zzy (2+4), Keluarga Zah (2+1), keluarga Tie(2+2), keluarga Fadzil (2+1), keluarga Lah (2+1), Sae-adik bongsu (1).. Cuba bayangkan....rumah pusaka arwah ayah yang sederhana saiz tu penuh sesak dengan riuh rendah, hiruk pikuk perangai, peel, kerenah budak-budak kecik....dan dewasanya sekali!!...Meriah sungguh...

Agenda syawal bermula dengan persediaan untuk juadah pagi raya...Bahan-bahan dibeli pada selasa, last day puasa...menu utama tahun ni berbeza sikit dari kebiasaan meehun goreng. Tahun ni....nasi minyak!!...Idea dari aku ni....hehe. Aturcara spesel yg jarang2 dapat dibuat ialah...sesi bergambar keluarga sebelum sembahyang raya... Tahun ni...first time dalam 10 tahun kot..aku sembahyang raya di Masjid ArRahman, Kg Kweng Hitam...!!Sebab apa nak tau...sebab sesi fotografi tu laa...Selama ni aku selalu semabhyang raya di Masjid bandar Machang..Lepas sembahyang...kami pergi ke kubur arwah ayah... Aku yang kena jadi pak imam baca tahlil dan doa...sebab aku ni pak haji & paling lebai di kalangan kami...haha!!..

Lepas tu....kami ikut agenda masing2 lah... Aku diminta oleh Abg Yie untuk pegi tengok pengasuh anak dia yang sakit...Selepas house visit dan free consultation tu....nampaknya sihat sikitlah dia...Mcm bomoh besar lah pulak aku time tu!! Haha...Apa taknya, dengan air liur je, tanpa stetoskop, BP set dan lain-lain alat perubatan...patient nak OK sikit! hehe... Lepas tu kami sekeluarga beraya ke kg asal mak ayah aku, tempat aku dilahirkan...Kg Morak, Tumpat...some 50km from Machang...Melawat nenek aku yang sakit tua...umurnya agaknya dekat 100 tahun kut...ikut IC umur dia baru 87 tahun.. Dia dijaga oleh mak sedara aku...Pastu kami ziarah 3 orang pak-pak & mak sedara di Kg. Morak tu...Dari Tumpat, kami rush balik ke Machang...utk beraya di rumah Jai Othman (xsmsd92) pukul 5.30ptg dalam UiTM Machang... Kat sana si Jai jamu kami dengan lontong, lemang+rendang dan jugak durian wooo...!! Khairi (xsmsd87) sekelurga pun join sama di rumah jai ni...


Malam tu pulak giliran rumah aku pulak...Jai dan Keri join sekali....tapi Keri singgah kejap je sebab anak2 dia dah nak tido dalam tido...maklumlah beraya sakan esp kat rumah Jai...yg ada playground tu!! Sesi barbeque ni idae dari adik-beradik aku ...semua ada - ayam, kambing, lembu, sosej, burger, ikan kolam...Meriah sungguh!!..Sampai tak cukup supply bahan barbeque tu... sebab ada miss-communication sket. Adik ipar aku tak maklum yang mak & adik-beradik dia nak datang beraya malam tu...tu pasal la bahan BBQ tak cukup...Tapi kan rezki Allah tu luas sebenarnya...semua orang dapat merasa BBQ ni...alhamdulillah!...


Next day, raya ke2...kami sekeluarga dah bertolak ke Kuala Mai pulak...Begitulah tiap2 tahun...setiap raya ke2, kami pasti balik ke kg yg satu lagi....Dengan buat gini, masing2 puas hati, mertua pun pun faham...keADILAN mesti sentiasa ditegakkan!!...So far beres aje...kalu ada sikit-sikit tak puas hati tu...biasa la kan...Lagikan lidah bisa tergigit!! hehe....

Sampai je di Kuala Mai....aku terus terbongkang keletihan...al-maklumlah drive dari kul 10 pagi till 4.30 ptg....letih woo brader. Time muda-muda dulu lainlah, steady je travel jauh2 ni... Tapi skrg stamina telah dimakan umur...tak sekuat dulu... Pukul 6.30 ptg baru aku bangun....tengok2 rendang yg tinggal...abis, lemang tinggal sikit je!!..Adoii...tak merasa rendang kuala mai la aku raya tahung ni... Tadok rejeki...nak buat camno...huhuhu...

Pagi ni...kejap lagi,kami nak pegi beraya ke rumah Abg Mubin-Mak Long di Jengka 18...Besok pulak pegi kenduri di Maran...umah sedara mentua aku...then terus balik Dungun..Lusa, anak2 dah sekolah...tapi aku sambung cuti sampai selasa 7hb!!!...hehe. Pejam celik...rasanya kejap je masa berlalu....cuti seminggu tak terasa sangat... Kemeriahan raya tinggal memori....semoga panjang umur, murah rezeki selalu hendaknya... Aku berdoa semoga Allah mengekalkan hidayahNya untuk kami supaya sentiasa berada dalam keimanan!.. Jikalaulah kami dijemput mengadapnya pada bila-bila masapun...biarlah di dalam keimananlah jua hendaknya...Amiin!

Jumpa lagi....wassalam..