Friday, February 26, 2010

Nenda ku pulang ke rahmatullah... Al-fatihah



Di pagi khamis 25 Februari 2010 bersamaan 11 Rabiul'awal 1431H, sedang aku sibuk bersiap untuk hantar anak2 ke sekolah dan pergi kerja...satu panggilan telefon dari abang aku memaklumkan bahawa sorang2nya nenda kami yang masih ada telah kembali ke rahmatullah semasa sedang tidur malam itu... Tidak diketahui waktu sebenar pemergiannya tetapi mungkin sejam dua sebelum subuh agaknya. Ibu saudara ku hanya menyedari 'Mok' telah meninggal semasa ingin mengejutkannya untuk solat Subuh.. Tubuhnya didapati telah kaku dan sejuk...





Kami bergegas pulang ke kampung...Kg Morak, Tumpat sejauh 246km dari Dungun.. Kami tiba lebih kurang pukul 12.45 tengahhari.. dan alhamdulillah sempat menatap dan mengucup 'Mok' buat kali yang terakhir sebelum berpisah buat selama nya...



Khidmat terakhir aku kepadanya ialah menyembahyang jenazahnya, mengusungnya ke kubur dan menghadiah doa semoga arwah 'mok' dicucuri rahmat oleh Allah di alam barzakh sana.. Tidak sempat untuk aku memberikan rawatan kepadanya yang telah kurang sihat beberapa hari sebelum itu.. Ubat-ubatan yang aku bawa balik untuk mok terpaksa aku berikan kepada bondaku..

Sepanjang ingatan ku sejak dari kecil hinggalah ke hari ini...mok merupakan seorang yang terlalu rajin...baik dalam berkerja, mahupun beramal ibadah... Solat, zikir, mendengar kuliah, pergi ke masjid adalah sebati dalam kehidupan seharian.. Umurnya mengikut ic ialah 89 tahun...210905-03-5***, namun aku percaya usia sebenarnya pasti lebih lanjut lagi...pastinya melebihi 90 tahun kalau tidak 100 tahun pun!!.. Mok merupakan nenek dan moyang yang disayangi oleh semua... Beliau mesra kepada semua orang..anak, cucu, cicit...dan sekalipun tidak pernah aku tengok dia marah kepada kami semua.. Sifat mulia mok ini semoga menjadi ikutan kami..anak, cucu, cicitnya yang tinggal ini...dan pasti suatu hari nanti bakal menyusul ke alam yang kekal abadi selama-lamanya itu...insyaAllah.

Semoga Allah menempatkan Mok di kalangan ahli-ahli syurga...insyaAllah!..Amiin.. Semoga Allah juga sentiasa membimbing kita semua supaya berada di atas jalan yang diredhaiNya...dan menjadi umat Rasulullah s.a.w yang akan bersama2 dengan baginda s.a.w serta para2 ahli syurga di akhirat nanti....Amiin..