Friday, October 1, 2010

Panggilan Kaabah...


Alhamdulillah.... Allah sekali lagi memilih ku untuk menjadi tetamuNya di Tanah Suci pada tahun ini... Semoga peluang ini akan akhirnya menjadi realiti.. InsyaAllah aku dijadualkan berangkat dengan isteri tercinta dengan penerbangan KT18 pada 14 Oktober 2010 bersamaan 6 Zulkaedah 1431H nanti..



"Ya Allah...yang maha pemurah lagi maha mengasihani.. Aku memanjatkan jutaan kesyukuran kepada limpahan rezeki Mu kepada kami. Aku bersyukur di atas kurniaanMu untuk aku sekali lagi sampai ke Tanah Suci Mu.. Permudahkanlah bagi ku dan isteriku untuk menyempurnakan ibadat haji pada kali ini.. Aku mohon kepada Mu ya Allah...Engkau peliharalah anak-anak dan hartabenda sepeninggalan kami nanti Ya Allah.. Jadikanlah kami hamba Mu yang mendapat rahmat dan keampunan Mu sepanjang hayat kami dan matikanlah kami dalam keimanan..Ya Allah..ya rabbal' alamin.."



Di kesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf serta mohon dihalalkan makan minum aku sepanjang hayat setakat ini daripada semua kalian...saudara-mara, sahabat handai serta rakan kenalan. Semoga dengan keampunan, kemaafaan serta redha dari tuan-puan, saudara saudari sekalian akan memurnikan lagi perjalanan dan perlaksanaan ibadah kami pada kali ini..insyaAllah. Semoga Allah memberkati kita semua dalam setiap urusan sepanjang hayat.. Aamiiinn...

Friday, May 14, 2010

Pertandingan Memancing - rekreasi atau judi??...


Pertandingan memancing menjadi semakin popular... Mengapa?..Mungkin kerana hadiah kemenangan yang ditawrkan sangat lumayan.. Kalau dulu..5-10 tahun dahulu..hadiah utama hanya RM1000 - RM2000 sahaja....tetapi kini mencecah RM10,000 - RM20,000 tunai!!...Jika pertandingan dalam bentuk sirkit mungkin menawarkan hadiah yang lagi lumayan...sebuah kereta yang berharga sehingga RM80-90 ribu ringiT... Maka sudah pastilah sambutan orang ramai untuk menyertai pertandingan memancing yang menawarkan hadiah lumayan sebegitu sangat memberangsangkan..


Namun timbul persoalan...apakah hukumnya pertandingan memancing ini dari segi syarak??...Diharuskan atau sebaliknya??.. Mengapa saya menimbulkan persoalan ini?...Bagi saya..pertandingan memancing ini tidak sama dengan pertandingan-pertandingan sukan dan rekreasi yang lain... Pertandingan memancing berbeza kerana elemen nasib memainkan peranan yang sangat besar berbanding dengan eleman kekuatan, kepantasan dan kebijaksanaan di dalam menentukan pemenang. Justeru...ia lebih mirip kepada unsur2 perjudian. Dengan membayar yuran penyertaan sebanyak antara RM80-100 bagi sebatang joran, seseorang pemancing berkemungkinan membawa balik habuan sebanyak RM10,000 hingga RM20,000 jika nasib menyebelahinya pada hari itu dengan menaikkan ikan yang terbesar....walaupun dia tidak berkemahiran dalam bidang memancing!!.. Mungkin umpan di mata kail itupun di pasang oleh rakannya... Apakah layak dia menerima hadiah kemenangan itu dengan kemahirannya yang sedikit itu..Pastinya tidak kan...Jadi, dia menang kerana nasib, bukan kerana kualiti yang ada pada dirinya... Yang pastinya hadiah kemenangan itu adalah kumpulan duit-duit yuran penyertaan daripada lain-lain peserta yang mendaftar pada hari itu...mungkin 1000-2000 orang lain lagi..yang sama-sama datang 'bertaruh nasib' untuk menang hadiah besar pada hari itu??...



Apakah ini bukan satu bentuk perjudian??.. Semoga saya mendapat jawapannya daripada para ilmuan Islam..

Friday, February 26, 2010

Nenda ku pulang ke rahmatullah... Al-fatihah



Di pagi khamis 25 Februari 2010 bersamaan 11 Rabiul'awal 1431H, sedang aku sibuk bersiap untuk hantar anak2 ke sekolah dan pergi kerja...satu panggilan telefon dari abang aku memaklumkan bahawa sorang2nya nenda kami yang masih ada telah kembali ke rahmatullah semasa sedang tidur malam itu... Tidak diketahui waktu sebenar pemergiannya tetapi mungkin sejam dua sebelum subuh agaknya. Ibu saudara ku hanya menyedari 'Mok' telah meninggal semasa ingin mengejutkannya untuk solat Subuh.. Tubuhnya didapati telah kaku dan sejuk...





Kami bergegas pulang ke kampung...Kg Morak, Tumpat sejauh 246km dari Dungun.. Kami tiba lebih kurang pukul 12.45 tengahhari.. dan alhamdulillah sempat menatap dan mengucup 'Mok' buat kali yang terakhir sebelum berpisah buat selama nya...



Khidmat terakhir aku kepadanya ialah menyembahyang jenazahnya, mengusungnya ke kubur dan menghadiah doa semoga arwah 'mok' dicucuri rahmat oleh Allah di alam barzakh sana.. Tidak sempat untuk aku memberikan rawatan kepadanya yang telah kurang sihat beberapa hari sebelum itu.. Ubat-ubatan yang aku bawa balik untuk mok terpaksa aku berikan kepada bondaku..

Sepanjang ingatan ku sejak dari kecil hinggalah ke hari ini...mok merupakan seorang yang terlalu rajin...baik dalam berkerja, mahupun beramal ibadah... Solat, zikir, mendengar kuliah, pergi ke masjid adalah sebati dalam kehidupan seharian.. Umurnya mengikut ic ialah 89 tahun...210905-03-5***, namun aku percaya usia sebenarnya pasti lebih lanjut lagi...pastinya melebihi 90 tahun kalau tidak 100 tahun pun!!.. Mok merupakan nenek dan moyang yang disayangi oleh semua... Beliau mesra kepada semua orang..anak, cucu, cicit...dan sekalipun tidak pernah aku tengok dia marah kepada kami semua.. Sifat mulia mok ini semoga menjadi ikutan kami..anak, cucu, cicitnya yang tinggal ini...dan pasti suatu hari nanti bakal menyusul ke alam yang kekal abadi selama-lamanya itu...insyaAllah.

Semoga Allah menempatkan Mok di kalangan ahli-ahli syurga...insyaAllah!..Amiin.. Semoga Allah juga sentiasa membimbing kita semua supaya berada di atas jalan yang diredhaiNya...dan menjadi umat Rasulullah s.a.w yang akan bersama2 dengan baginda s.a.w serta para2 ahli syurga di akhirat nanti....Amiin..

Wednesday, January 6, 2010

Sambut 2010 Dengan Keinsafan...

Tahun baru masehi muncul lagi....2010.. Sangat pantas masa berlalu, bagaikan semalam aku rasa tahun 2000 baru berlalu...Tapi, rupa-rupanya dah hampir sedekad. Kemusnahan Twin Tower di New York, bencana tsunami 2004 amat segar di ingatan bagaikan baru saja berlaku setahun dua dulu....tapi sudah lama rupanya..



Begitulah juga dengan zaman kanak-kanak dan persekolahan...bagaikan berlalu sehari dua lalu...Tapi rupa-rupanya sudah 20-30 tahun aku tinggalkan pengalaman itu...Allahuakbar!!..Cepat betul masa berlalu... Rupa-rupanya kini aku sudah digelar PAKCIK!!!....Kawan2 anak ku memanggilku begitu...Anak2 ku sudah membesar menjadi seorang remaja sekarang...Masih segar di ingatan di saat Along, Angah, Uda keluar dari alam rahim ke dunia ini lebih 10 tahun yang lalu...tapi kini mereka anak gadis sunti!!..Begitu pantas hambatan masa mengejar kita...

Apa lagi yang menginsafkan aku....??.. Walaupun aku sudah mula mempunyai uban sejak berumur awal 20an...tapi kini rambut ku semakin putih!!..Perubahan yang ketara ini disedari aku bulan lepas bila seorang kawanku menegur....."Eh Kweeeeenng....apa sudah jadi dengan muuungg???" "Jadi apa dengan aku??"" tanya aku balik kehairanan... "ye la...apsal rambut mu jadi gini?" tambah dia.."Jadi gapo??" tanya aku yang masih tak paham-paham.."Bakpo rambut mu jadi putih gini moo??"....Oooo....baru aku sedar yang rambut sudah berubah dengan ketara..putih dengan uban!!..Walaupun kawan aku tu bukan nya lama sangat tak jumpa...setahun lepas kot.. Ya Allah...inikah isyarat Mu kepada ku menunjuukkan aku semakin hampir untuk menemui mu?? ...Aku redhaaa.....



Semalam semasa hadir ke mesyuarat di pejabat....pandangan aku kabur semasa membaca satu dokumen!!..Eh apsal ni??..Ingat dokumen tu salah cetak jadi kabur...tapi rupa2nya bila aku jauhkan sedikit kertas tu...jadi jelas dan boleh di baca pulak!!...Allah...aku dah rabun dekat dalam usia baru 40 tahun!!... Sungguh jelas tanda2 ketuaan yang mula muncul satu persatu dalam diri ku....Sebenarnya banyak lagi petunjuk yang berlaku pada diriku yang mengisyaratkan bahawa fungsinya semakin merosot...hakikat bagi sesuatu bergelar 'makhluk yang fana' ini...Selepas ini entah apa pula ingatan yang ALLAH akan berikan pada ku....Apa-apapun aku tetap bersyukur kerana Allah menjadikan aku seorang yang SEDAR dan INSAF dengan tanda-tanda penghujung usia ini.... Aku semakin senja....



Ya, Allah, jadikan aku tergolong di dalam golongan yang insaf dan mendapat keampunanMU...