Saturday, September 27, 2008

Kepelbagaian Solat Tarawikh.....Siri 2

Hari ni dah 28 Ramadhan...tinggal 1 atau 2 malam je lagi untuk bertarawikh!!.. Sungguh cepat masa berlalu, keberkatan yang ada dalam bulan Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Tahun depan entah ketemukah lagi kita dgn Ramadhan yang mulia ini???...Semoga Allah memanjangkan umur kita, utk kita bertemu lagi dengan Ramadhan 1430H...justeru memperbaiki mutu amalan ke tahap yg lebih tinggi..


Kali ni, aku nak senaraikan beberapa kepelbagaian solat terawikh yg aku lalui dengan aku menyenaraikan tempat2 aku solat sepanjang Ramadhan tahun 1429H ni...rakaatnya berapa? ada tazkiroh ke tidak? Semua di Dungun, unless specified...

1. Surau Taman Permint Indah - 8 rakaat (R), ada tazkirah (T)
2. ....aku di KLIA amik maid indon baru, takde org terawikh laa.....
3. Masjid Pak Sabah - 20 R
4. Masjid Sura Lama - 20 R , ada T
5. Masjid Batu 7 - 8 R
6. Masjid Batu 7 - 8 R
7. Surau Jalan Kenanga - 20 R
8. Masjid Sura Lama - 20 R
9. Masjid Sura Lama - 20 R
10. Surau Taman Saeda - 8 R
11. Surau dekat MRYT - 8 R
12. ....aku ondeway balik kg...Machang.....
13.Masjid Bandar Machang, Kelantan - 20 R
14. Surau Haji Daud - 8 R, ada T
15. Surau Jalan Melati - 8 R
16. Surau Jalan Gong Pasir - 8 R
17. Surau Batu 48 - 8 R
18. Masjid Kg Kuala Mai, Temerloh, Pahang - 20 R
19. Masjid An-Nur, Kuala Krau, temerloh - 20 R
20. Surau Taman Permint - 8 R, ada T
21. Surau Hj Zainal Abidin, Sura Gate - 8 R
22. Surau Tanah Lot - 8 R
23. Surau Jalan Bunga Raya - 8 R
24. Masjid Intan Zaharah - 20 R
25. Surau Taman Permint - 8 R
26. Masjid Batu 7 - 8 R
27. Masjid Batu 7 - 8 R
28. Surau Perumahan Taman Rakyat - 8 R
29. ....malam ni aku hajat nak pegi Masjid Sg Udang, Kuala Dungun...insy..
30....Insy...Masjid Ar-Rahman, Kg. KWENG HITAM, machang....

Kesimpulannya...dari 19 lokasi masjid/surau yang berbeza...cuma 6 tempat je yang buat 20 rakaat dan cuma 4 tempat je yang ada sesi tazkirah antara solat tarawikh...

Semoga Allah menerima semua amal ibadat yang telah kita lakukan.... Ya ALLAH...rahmatilah kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hindarilah kami dari azab seksa api nerakaMu Ya ALLAH!!...Amiiiiinnn....

Thursday, September 25, 2008

Kepelbagaian Solat Tarawikh.....Siri 1


Dalam posting yang lalu, aku telah mengucapkan syabas kepada AJK Masjid Kg Kuala Mai kerana pada tahun ini mereka buat tarawikh 20 rakaat...satu perubahan baru yang tak pernah aku tengok semenjak 13 tahun aku jadi menantu org Kuala Mai....Baguslah penambahbaikan itu!..Tapi...rupa-rupanya solat 20 rakaat tu sebenarnya atas arahan pihak Istana Pahang kepada semua masjid2 di seluruh negeri Pahang!!..Ayah aku yang cakap, ada notis di tampal di masjid tu, tapi aku sendiri tak tengok...Emm..betul lah tu kot... sebab malam berikutnya aku pegi solat terawikh di Masjid An-Nur, Pekan Kuala Krau...7km dari Kuala Mai! Di sana juga dorg buat 20 rakaat jugak...

Satu perkara yang menarik aku tengok kat masjid kuala krau ni kan...semangat jemaah dan aura selawat solat terawikh kat situ sungguh mengkagumkan... Jarang tempat aku jumpa dimana seluruh jemaah melaungkan selawat pada rasul selepas bilal menbacakan...Allahummasolli'ala Muhammad"...dengan lantang dan bersemangat!!.. "Sollallooooh.....wasallam..ailaih!!!".. Hebaaat, bergegar dewan solat....Aku rasa boleh dengar sampai ke seberang stesen keretapi kat situ..Hilang rasa ngantuk...Jadi segar dan bersemangat nak meneruskan rakaat yang berikutnya... Tak macam majoriti masjid, surau lain....lemah, lembik, mcm mengantuk jeer... So, Aku suka sembahyang kat Masjid Kuala Krau ni....

Satu perkara yg pelik juga ni...sebenarnya kan, hanya selepas 13 tahun baru tergerak hati aku nak pegi berjemaah kat sana....hehe.. Yes, that was my FIRST time aku bersolat di masjid An-nur Kuala Krau tu...walaupun aku dah kawin dgn org kat situ 13 tahun lalu!!..hehe... Apa pun...mcm org kata...better late than never!!.. Semoga Masjid itu menjadi saksi bagi aku di hari akhirat nanti yg aku pernah sujud kepada Allah di dalamnya...insy.

drkweng

ps - aku sdg tunggu time buke poso ni...

- gambar atas tu...Stadium Tertutup Terengganu, Gong Badak

Wednesday, September 17, 2008

Balik buka posa di kg... Syabas Masjid Kuala Mai!


Minggu lepas aku sekeluarga balik berbuka posa dengan Cik di Machang....minggu ni pula giliran kami balik ke kuala mai, temerloh buko posa dengan mak ayah...

Kedua-dua kg aku ni ada tarikan istimewa yang berbeza....di Machang, specialnya ayam percik...di kuala mai ni, paling best tempoyak ikan patinnya... so dua2nya aku suka!!..Cumanya tak boleh balik kerap seperti kehendak hati...dalam bulan Ramadhan ni sekali setiap kg jer....

Satu perkara yang aku tengok agak menyedihkan ialah tentang penghayatan dan keghairahan org kg dalam merebut peluang keberkatan Ramadhan yg tidak pernah meningkat dari dulu lagi... Suasana sembahyang tarawikh di masjid lesu jer...nampak macam takde beza dengan bulan-bulan lain.. Satu saf depan pun tak penuh di akhir solat...tak lebih 20 orang jer dalam sebesar-besar masjid tu... Tapi aku tetap bersyukur juga kerana...ada satu kelebihan solat tarawikh tahun ni di Masjid kuala mai ni...dorg dah buat 20 rakaat!!..Lebih 12 tahun aku menjadi warga kuala mai ni...seingat aku baru tahun ni dorang buat solat tarawikh 20 rakaat....dulu2 cuma 8 rakaat sokmo...Syabas pak imam dan AJKnya, aku tabik!!..walaupun sambutan jamaahnya agak menyedihkan... Aku fikir, salah satu penyebab utama sindrom jauh dari amalan beragama di kg ni adalah kerana kurang sgt program kuliah keagaamaan di anjurkan... Silap siapa? Wallahu'alam... Aku rasa kurang penggerak setempat ke arah amal makruf nahi mungkar... Inisiatif JKKK sangat didambakan utk mengktifkan aktiviti si masjid ni...

Aku harap inisiatif pihak masjid buat sembahyang tarawikh 20 rakaat ni boleh menjadi pemangkin kepada menggerakkan lain-lain aktiviti yg positif...dan ianya berkekalan utk Ramadhan tahun2 akan datang..

Amiiiinnn!!

Ilham untuk blogging...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan sekalian alam dan makhluk...kerana telah mencetuskan ilham pada aku di tika dan saat ini...11.15malam 17 Ramadhan 1429H bersamaan 17 Sept 2008 untuk berblogging...

Tadi selepas sembahyang tarawikh di Masjid Kg Kuala Mai Baru, Kuala Krau, temerloh, Pahang...aku balik dan makan minum sikit, pastu teringat pulak nak check email... Bila log-in tm.net aku, download email aku...terus aku baca semua email2 baru tu......antaranya satu email dari Mat Shang (Hisham Anip - kawan xsmsd86 aku), yg jemput xsmsd86 tengok blog baru dia... Aku pun surf la blog Mat Shang ni... Dari situ terlintas di fikiran aku....Eh! Senae gamoknya buat blog ni!! Pasal tu ramai oghe ado blog sediri!!... Jadi, aku terpandang icon create blog di hujung atas kanan blog mat shang tu... dan terfikir..."Baghe kali, klik sini kot nok buat blog nih?... " Aku pun klik lah kat situ...and then ..the rest, history created!! Aku dah jadi blogger baru hari ni....!!

Semoga Allah memandu dan memimpin aku untuk mendapat manfaat dan memberi manfaat kepada makhluk dan sekalian alamNya melalui blog Dr Kweng ini...insy..Amiiin!!

Namun aku belum pasti samada aku boleh memberi komitment untuk selalu mengemaskini blog ini seperti lain-lain blogger yang aktif..... Apa pun kita tengok dan lihat dululah guano kesudahan dan seterusnya hikayat dan riwayat blog aku ini...

Wasslam...sekiae dulu buat kali ini, coretan sulong aku di blog ni...

drkweng
11.40pm 17.9.2008