Thursday, September 25, 2008
Kepelbagaian Solat Tarawikh.....Siri 1
Dalam posting yang lalu, aku telah mengucapkan syabas kepada AJK Masjid Kg Kuala Mai kerana pada tahun ini mereka buat tarawikh 20 rakaat...satu perubahan baru yang tak pernah aku tengok semenjak 13 tahun aku jadi menantu org Kuala Mai....Baguslah penambahbaikan itu!..Tapi...rupa-rupanya solat 20 rakaat tu sebenarnya atas arahan pihak Istana Pahang kepada semua masjid2 di seluruh negeri Pahang!!..Ayah aku yang cakap, ada notis di tampal di masjid tu, tapi aku sendiri tak tengok...Emm..betul lah tu kot... sebab malam berikutnya aku pegi solat terawikh di Masjid An-Nur, Pekan Kuala Krau...7km dari Kuala Mai! Di sana juga dorg buat 20 rakaat jugak...
Satu perkara yang menarik aku tengok kat masjid kuala krau ni kan...semangat jemaah dan aura selawat solat terawikh kat situ sungguh mengkagumkan... Jarang tempat aku jumpa dimana seluruh jemaah melaungkan selawat pada rasul selepas bilal menbacakan...Allahummasolli'ala Muhammad"...dengan lantang dan bersemangat!!.. "Sollallooooh.....wasallam..ailaih!!!".. Hebaaat, bergegar dewan solat....Aku rasa boleh dengar sampai ke seberang stesen keretapi kat situ..Hilang rasa ngantuk...Jadi segar dan bersemangat nak meneruskan rakaat yang berikutnya... Tak macam majoriti masjid, surau lain....lemah, lembik, mcm mengantuk jeer... So, Aku suka sembahyang kat Masjid Kuala Krau ni....
Satu perkara yg pelik juga ni...sebenarnya kan, hanya selepas 13 tahun baru tergerak hati aku nak pegi berjemaah kat sana....hehe.. Yes, that was my FIRST time aku bersolat di masjid An-nur Kuala Krau tu...walaupun aku dah kawin dgn org kat situ 13 tahun lalu!!..hehe... Apa pun...mcm org kata...better late than never!!.. Semoga Masjid itu menjadi saksi bagi aku di hari akhirat nanti yg aku pernah sujud kepada Allah di dalamnya...insy.
drkweng
ps - aku sdg tunggu time buke poso ni...
- gambar atas tu...Stadium Tertutup Terengganu, Gong Badak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment