Wednesday, September 17, 2008

Balik buka posa di kg... Syabas Masjid Kuala Mai!


Minggu lepas aku sekeluarga balik berbuka posa dengan Cik di Machang....minggu ni pula giliran kami balik ke kuala mai, temerloh buko posa dengan mak ayah...

Kedua-dua kg aku ni ada tarikan istimewa yang berbeza....di Machang, specialnya ayam percik...di kuala mai ni, paling best tempoyak ikan patinnya... so dua2nya aku suka!!..Cumanya tak boleh balik kerap seperti kehendak hati...dalam bulan Ramadhan ni sekali setiap kg jer....

Satu perkara yang aku tengok agak menyedihkan ialah tentang penghayatan dan keghairahan org kg dalam merebut peluang keberkatan Ramadhan yg tidak pernah meningkat dari dulu lagi... Suasana sembahyang tarawikh di masjid lesu jer...nampak macam takde beza dengan bulan-bulan lain.. Satu saf depan pun tak penuh di akhir solat...tak lebih 20 orang jer dalam sebesar-besar masjid tu... Tapi aku tetap bersyukur juga kerana...ada satu kelebihan solat tarawikh tahun ni di Masjid kuala mai ni...dorg dah buat 20 rakaat!!..Lebih 12 tahun aku menjadi warga kuala mai ni...seingat aku baru tahun ni dorang buat solat tarawikh 20 rakaat....dulu2 cuma 8 rakaat sokmo...Syabas pak imam dan AJKnya, aku tabik!!..walaupun sambutan jamaahnya agak menyedihkan... Aku fikir, salah satu penyebab utama sindrom jauh dari amalan beragama di kg ni adalah kerana kurang sgt program kuliah keagaamaan di anjurkan... Silap siapa? Wallahu'alam... Aku rasa kurang penggerak setempat ke arah amal makruf nahi mungkar... Inisiatif JKKK sangat didambakan utk mengktifkan aktiviti si masjid ni...

Aku harap inisiatif pihak masjid buat sembahyang tarawikh 20 rakaat ni boleh menjadi pemangkin kepada menggerakkan lain-lain aktiviti yg positif...dan ianya berkekalan utk Ramadhan tahun2 akan datang..

Amiiiinnn!!

1 comment:

Dr Kweng said...

macam2 ragam la terawikh ni...