Sunday, October 26, 2008
Menjadi Tetamu Allah lagi tahun 2008 ini...
Salam....
Aku mohon maaf sebab tidak sempat untuk menyambung cerita kenangan bersama Cikgu Fauzi seperti dijanjikan dalam posting lalu... Kekangan masa membuatkan aku tidak mampu aku mencelah menulis.. Insyaallah, jika ada kesempatan nanti aku cuba karang..
Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi aku ditawarkan untuk menjadi petugas perubatan Rombongan Petugas Rasmi Tabung Haji Musim 2008/1429H.. Aku dijadualkan bertolak ke Tanah Suci pada jam 11.00pagi hari Khamis 30 Oktober 2008 dengan penerbangan KT01 - MH8000 ke Madinah.
Semalam keluarga aku dari Machang datang. Cik bersama Abg Yie sekeluarga, Lah sekeluarga bermalam di rumah aku yang sempit ni. Petang nanti mereka akan pulang dan hanya tinggalkan Cik yang akan bersama-sama aku pergi ke KL dengan flight lusa (Rabu). Terima kasih dan setinggi penghargaan aku kepada mereka kerana bersusah payah datang sebab aku tak sempat balik Machang sebelum berangkat.
Lusa aku bersama Cik akan naik flight di Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KL dan akan bermalam di rumah Zzy, adik aku yang tinggal di Subang Jaya. Pagi Khamis nanti...jam 7.00pagi aku kena lapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya. Insy jika tiada aral, penerbangan KT01 MH8000 akan berlepas di KLIA jam 11.00 pagi. Seperti kebiasaan, kami akan diangkut dengan bas yang akan diiringi oleh polis peronda ke KLIA. Begitu hebat keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada para jemaah haji, tetamu Allah...Tinggal lagi, kita sendirilah nanti yang akan menentukan tahap amalan dan kualiti ibadah yang akan dilaksanakan sepanjang berada di Tanah Suci nanti..
Semoga Allah akan memberikan kemudahan dan kejayaan kepada aku sepanjang misi bertugas kali ini. Aku doakan semoga isteri tercinta dan anak tersayang akan meredhai pemergian aku dan tabah menghadapi sebarang cabaran semasa aku disana. Diharapkan perpisahan ini, hanya sementara...tetapi Allah Maha Bijaksana mengatur ketentuan hidup kita semua... Aku mohon ampun dan maaf dari semua..ibu, ayah/ibu mertuaku, abang & adik serta semua manusia yg pernaah aku berurusan dan mungkin telah melakukan sebarang kesalahan dan dosa kepada mereka...Ya Allah berkatilah dan rahmatilah perjalananku ini...Aminn..
Aku tidak tahu bila pula boleh dijengok lagi blog ini dan membuat catatan berikutnya...jka ada kemudahan di Tanah Suci, insy aku akan cuba catatkan sesuatu...
Hingga jumpa lagi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dr kweng.....selamat berangkat
Post a Comment