Wednesday, January 6, 2010

Sambut 2010 Dengan Keinsafan...

Tahun baru masehi muncul lagi....2010.. Sangat pantas masa berlalu, bagaikan semalam aku rasa tahun 2000 baru berlalu...Tapi, rupa-rupanya dah hampir sedekad. Kemusnahan Twin Tower di New York, bencana tsunami 2004 amat segar di ingatan bagaikan baru saja berlaku setahun dua dulu....tapi sudah lama rupanya..



Begitulah juga dengan zaman kanak-kanak dan persekolahan...bagaikan berlalu sehari dua lalu...Tapi rupa-rupanya sudah 20-30 tahun aku tinggalkan pengalaman itu...Allahuakbar!!..Cepat betul masa berlalu... Rupa-rupanya kini aku sudah digelar PAKCIK!!!....Kawan2 anak ku memanggilku begitu...Anak2 ku sudah membesar menjadi seorang remaja sekarang...Masih segar di ingatan di saat Along, Angah, Uda keluar dari alam rahim ke dunia ini lebih 10 tahun yang lalu...tapi kini mereka anak gadis sunti!!..Begitu pantas hambatan masa mengejar kita...

Apa lagi yang menginsafkan aku....??.. Walaupun aku sudah mula mempunyai uban sejak berumur awal 20an...tapi kini rambut ku semakin putih!!..Perubahan yang ketara ini disedari aku bulan lepas bila seorang kawanku menegur....."Eh Kweeeeenng....apa sudah jadi dengan muuungg???" "Jadi apa dengan aku??"" tanya aku balik kehairanan... "ye la...apsal rambut mu jadi gini?" tambah dia.."Jadi gapo??" tanya aku yang masih tak paham-paham.."Bakpo rambut mu jadi putih gini moo??"....Oooo....baru aku sedar yang rambut sudah berubah dengan ketara..putih dengan uban!!..Walaupun kawan aku tu bukan nya lama sangat tak jumpa...setahun lepas kot.. Ya Allah...inikah isyarat Mu kepada ku menunjuukkan aku semakin hampir untuk menemui mu?? ...Aku redhaaa.....



Semalam semasa hadir ke mesyuarat di pejabat....pandangan aku kabur semasa membaca satu dokumen!!..Eh apsal ni??..Ingat dokumen tu salah cetak jadi kabur...tapi rupa2nya bila aku jauhkan sedikit kertas tu...jadi jelas dan boleh di baca pulak!!...Allah...aku dah rabun dekat dalam usia baru 40 tahun!!... Sungguh jelas tanda2 ketuaan yang mula muncul satu persatu dalam diri ku....Sebenarnya banyak lagi petunjuk yang berlaku pada diriku yang mengisyaratkan bahawa fungsinya semakin merosot...hakikat bagi sesuatu bergelar 'makhluk yang fana' ini...Selepas ini entah apa pula ingatan yang ALLAH akan berikan pada ku....Apa-apapun aku tetap bersyukur kerana Allah menjadikan aku seorang yang SEDAR dan INSAF dengan tanda-tanda penghujung usia ini.... Aku semakin senja....



Ya, Allah, jadikan aku tergolong di dalam golongan yang insaf dan mendapat keampunanMU...

Tuesday, December 8, 2009

Besar sangatkah rumah ni??..Perlukah sebesar ini?..




Rumah merupakan keperluan asasi manusia selain makanan & pakaian. Ia menjadi tempat berteduh bagi kita sekeluarga daripada hujan, panas, ribut, petir dan sebagai tempat berlindung untuk keselamatan diri. Tetapi apakah perlu rumah kita dibina seperti hotel dan istana?...Sepertimana istana Raja Oman??..Pres. Mugabe?? Istana MJ??..Sudah tentu tidak!!...Kita perlu bersederhana dalam kehidupan...itulah ajaran Islam...Tapi apakah ukuran sederhana itu yang boleh digunapakai sebagai pengukur dalam konteks membina rumah ini?.. Apakah saiz semata2?.... atau hiasan dalamanya??..hiasan taman di halaman??..




Ada kawan, kenalan kata....wow...rumah kau besar la, macam istana!!..macam tak nak mati!!.. Adus...betul ker??..Ini membuatkan aku keliru dan mula ragu2...ish ya ker aku dah keterlaluan ni??...Tapi...emm...rumah aku bukannye besar sangat pon.. bukanlah yang terbesar di lokaliti itu... Ada 4 buah rumah tokey cina berdekatan dengan rumah aku tu jauh lebih besar dan gah...3 tingkat!!... Rumah aku tiada tandingan langsung dengan mahligai cina tu...




Kalaupun kawan2 kata rumah aku besar...pastinya aku mempunyai alasan tersendiri untuk membina teratak aku sebesar ini. Dalam banyak2 alasan yang aku ada, yang paling penting bagiku ialah... kerana aku punya anak ramai yang sedang membesar...semua perempuan pulak tu!!...Pasti mereka memerlukan sedikit keselesaan...berbanding dengan rumah aku sekarang...5 beradik kongsi satu bilik!!!...Hah..betul ker??...Yaa...betuulll.... Tak ker sedih kami tengok anak2 bersesak di dalam satu bilik...sungguh merimaskan!!.. Jadi, walaupun aku sedikit ragu2...aku percaya bahawa aku dan isteri telah mengambil keputusan yang BETUL untuk membina sebuah TERATAK yang sedikit selesa berbanding sekarang...Banyaaaak selesa pun, apa salahnya...lagi baik kan!!..:)) Yang penting kami tidak lalai dan takbur dengan rezeki Allah ini...insyaAllah.


Semoga Allah terus memberkati usaha kami ini, terus memberi kami rezeki yang diberkati dan seterusnya tidak melalaikan kami dari fokus menuju ke alam kekal di akhirat dengan sedikit ujian rumah baru..yang dikatakan orang besar ni...

Hidup hanya sementara....dalam waktu yang sementara inilah, bekalan untuk akhirat dipungut sebanyak mungkin.. semoga teratak aku ni, membolehkan aku memungut lebih banyak bekalan lagi...Amiin!!

Sunday, August 30, 2009

Allahu Akbar!!!........


Hari Jumaat lepas...28 ogos 2009 bersamaan 7 Ramadhan 1430H, aku sekeluarga dianugerahkan Allah dengan satu penemuan fenomena alam yang menakjubkan... Tepat jam 11.45 pagi semasa dalam perjalanan pulang dari Kg. Kuala Mai, temerloh ke Dungun...berhampiran kawasan perindustrian Gebeng melalui jalan pintas LPT Jabor ke Sungai Ular... aku ternampak sekumpulan awan yang berwarna-warni!! Bentuknya seperti kalimah ALLAH!!...Pada mulanya aku ingatkan warna pada awan itu hasil pantulan cahaya melalui cermin tingkap kereta aku...Tapi bila aku melihat melalui sudut lain, awan itu memang betul berwarna-warni...macam warna pelangi!!!....sungguh cantik..

Aku pun memberhentikan kereta di bahu jalan dan semua isteri dan anak-anakku menjadi saksi keajaiban fenomena alam ciptaan Allah itu...mana mungkin pelangi terbentuk sebegitu??...Cuaca pada masa itu panas terik, tiada tanda2 mendung atau hari nak hujan... Juga warna-warna pada awan itu tidak berbentuk melengkung seperti pelangi biasa pada waktu gerimis....Warna itu hanya pada kelompok awan berbentuk kalimah ALLAH itu sahaja...awan2 disekitarnya hanya memutih sahaja...Allahu Akbar!!... Tidak dapat aku fikirkan sebarang teori macammana warna pelangi itu boleh terbentuk di awan itu sahaja....ilmu ku yang cetek ini tidak dapat menjelaskannya....melainkan hanya aku akur itulah KEHEBATAN Allah semata2...ALLAHU AKBAR!!!...SUBHANALLAH...


Ya ALLAH....sekiranya fenomena itu hendak Engkau tunjukkan kepada kami sebagai peringatan kebesaranMu...kami amat2 bersyukur ya ALLAH...tetapi sekiranya Engkau memperingkatkan kami dengannya kerana kami sering alpa...maka ampunkanlah kami ya ALLAH...Jadikanlah kami...hamba2MU yang bersyukur dan diredhaiMu ya ALLAH...

Saturday, April 11, 2009

Adoooiii....


Adoooiii...lamanya aku tak jenguk blog sendiri!!...Ish..susahnyer nak dapat semula mood nak menulis di blog ni....

utk kesinambungan...aku mulakan dengan misi haji baru ni..alhamdulillah, semua berjalan lancar...selamat pergi, selamat bertugas dan selamat kembali...Ni gambar sebelum pegi wukuf..aku bersama PPK Hj Razmi dan sorang jemaah OKU di Hotel Barakah..hotel pakej Tabung Haji Travel Servises (THTS)....

banyak pengalaman dan pengajaran baru yang diperolehi..tapi tak sempat aku nak kongsi di sini...mood mengarang tak datang lagi..

mintak diri dulu lah...lain kali tulis lagi..

wslm

Sunday, October 26, 2008

Menjadi Tetamu Allah lagi tahun 2008 ini...



Salam....


Aku mohon maaf sebab tidak sempat untuk menyambung cerita kenangan bersama Cikgu Fauzi seperti dijanjikan dalam posting lalu... Kekangan masa membuatkan aku tidak mampu aku mencelah menulis.. Insyaallah, jika ada kesempatan nanti aku cuba karang..

Alhamdulillah, tahun ini sekali lagi aku ditawarkan untuk menjadi petugas perubatan Rombongan Petugas Rasmi Tabung Haji Musim 2008/1429H.. Aku dijadualkan bertolak ke Tanah Suci pada jam 11.00pagi hari Khamis 30 Oktober 2008 dengan penerbangan KT01 - MH8000 ke Madinah.




Semalam keluarga aku dari Machang datang. Cik bersama Abg Yie sekeluarga, Lah sekeluarga bermalam di rumah aku yang sempit ni. Petang nanti mereka akan pulang dan hanya tinggalkan Cik yang akan bersama-sama aku pergi ke KL dengan flight lusa (Rabu). Terima kasih dan setinggi penghargaan aku kepada mereka kerana bersusah payah datang sebab aku tak sempat balik Machang sebelum berangkat.

Lusa aku bersama Cik akan naik flight di Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke KL dan akan bermalam di rumah Zzy, adik aku yang tinggal di Subang Jaya. Pagi Khamis nanti...jam 7.00pagi aku kena lapor diri di Kompleks Haji Kelana Jaya. Insy jika tiada aral, penerbangan KT01 MH8000 akan berlepas di KLIA jam 11.00 pagi. Seperti kebiasaan, kami akan diangkut dengan bas yang akan diiringi oleh polis peronda ke KLIA. Begitu hebat keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan kepada para jemaah haji, tetamu Allah...Tinggal lagi, kita sendirilah nanti yang akan menentukan tahap amalan dan kualiti ibadah yang akan dilaksanakan sepanjang berada di Tanah Suci nanti..




Semoga Allah akan memberikan kemudahan dan kejayaan kepada aku sepanjang misi bertugas kali ini. Aku doakan semoga isteri tercinta dan anak tersayang akan meredhai pemergian aku dan tabah menghadapi sebarang cabaran semasa aku disana. Diharapkan perpisahan ini, hanya sementara...tetapi Allah Maha Bijaksana mengatur ketentuan hidup kita semua... Aku mohon ampun dan maaf dari semua..ibu, ayah/ibu mertuaku, abang & adik serta semua manusia yg pernaah aku berurusan dan mungkin telah melakukan sebarang kesalahan dan dosa kepada mereka...Ya Allah berkatilah dan rahmatilah perjalananku ini...Aminn..

Aku tidak tahu bila pula boleh dijengok lagi blog ini dan membuat catatan berikutnya...jka ada kemudahan di Tanah Suci, insy aku akan cuba catatkan sesuatu...

Hingga jumpa lagi....

Saturday, October 11, 2008

Cikgu Fauzi dalam kenangan.....



Petang selasa lepas (7 Oktober), semasa aku sedang memandu pulang dari Kuala Terengganu selepas menghadiri Taklimat Protokol untuk petugas perubatan sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 215 yang akan berlangsung dari 13-16 oktober nanti....aku menerima panggilan dari Cikgu Ariffin (Pengetua SMK Seri Paka - bekas guru SMSD) memaklumkan tentang Cikgu Fauzi kena serangan sakit jantung dan dimasukkan ke Hospital Melaka sejak raya ke2 (2hb syawal)..

Cikgu Ripin bertanyakan samada aku ada kenal dengan mana2 doktor di Johor Baru sebab kemungkinan besar Cikgu Fauzi akan dirujuk ke Hospital di JB untuk rawatan lanjut masalah yang beliau sedang hadapi kini....Malangnya, aku tak kenal sorangpun doktor kat sana....di kawasan lain Johor ada la, tapi tak relevan dan tidak dapat membantu... Berdasarkan sedikit maklumat daripada Cikgu Ripin petang itu, aku dapat mengagak yang Cikgu Fauzi kena serangan jantung yang agak teruk!!... Dikesempatan itu, aku minta nombor hp isteri cikgu fauzi, cikgu salmah untuk mengetahui lanjut masalah beliau....

Jam 8.50 malam, aku terus telefon Cikgu Salmah.... Nada suaranya agak panik masa mula menjawab, cemas dan gelabah... Dia bagitau yang Cikgu Fauzi baru kena serangan jantung kali kedua pukul 7.50 malam...dan berada dalam keadaan tenat dalam ICU.Doktor sedang bertungkus lumus berusaha menyelamatkan beliau..Aku tidak sempat bercakap panjang dengan Cikgu Salmah. Yang jelas beliau amat cemas pada masa itu.. Aku cuma mampu memberikan sepatah dua kata2 untuk menenangkan beliau...Perbualan kami tamat di situ..

Tidak lama selepas itu lebih kurang jam 9.50 mlm, aku menerima panggilan telefon daripada Cikgu Ripin memaklumkan yang Cikgu Fauzi telah meninggal dunia pada jam 8.30 malam. Rupa-rupanya semasa aku bercakap dengan Cikgu Salmah tadi, Cikgu Fauzi telah menghembuskan nafasnya yang terakhir!!..Innalillahi wainna ilahi raajiuunn....Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh beliau dan memasukkan beliau di dalam golongan orang-orang yang soleh dan mendapat keampunanNya..Amiiin!!

...akan bersambung nanti, bila aku free sket...

Thursday, October 2, 2008

...Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1429H..

1 Syawal menjelma lagi.... Kali ni giliran kami beraya di Machang dulu... Saban tahun sejak 1995, kami bergilir beraya Raya Pertama antara Machang dan Temerloh...tapi yang pasti dan tak pernah 'miss', raya posa mesti balik kedua-dua kampung...Kg Kweng Hitam, Machang dan Kg. Kuala Mai, Temerloh... Untuk raya haji, beraya satu tempat saja...gilir tahun. So tahun ni...pastinya di Kuala Mai lah pulak!


Raya tahun ni.... sangat meriah kerana kesemua 8 orang adik-beradik aku berkumpul di Machang...ke semua ahli ialah 34 orang!!! Pecahannya gini..ibuku (Cik), keluarga Abg Yie (2+5), keluarga aku (2+5+1(bibik)), keluarga Zzy (2+4), Keluarga Zah (2+1), keluarga Tie(2+2), keluarga Fadzil (2+1), keluarga Lah (2+1), Sae-adik bongsu (1).. Cuba bayangkan....rumah pusaka arwah ayah yang sederhana saiz tu penuh sesak dengan riuh rendah, hiruk pikuk perangai, peel, kerenah budak-budak kecik....dan dewasanya sekali!!...Meriah sungguh...

Agenda syawal bermula dengan persediaan untuk juadah pagi raya...Bahan-bahan dibeli pada selasa, last day puasa...menu utama tahun ni berbeza sikit dari kebiasaan meehun goreng. Tahun ni....nasi minyak!!...Idea dari aku ni....hehe. Aturcara spesel yg jarang2 dapat dibuat ialah...sesi bergambar keluarga sebelum sembahyang raya... Tahun ni...first time dalam 10 tahun kot..aku sembahyang raya di Masjid ArRahman, Kg Kweng Hitam...!!Sebab apa nak tau...sebab sesi fotografi tu laa...Selama ni aku selalu semabhyang raya di Masjid bandar Machang..Lepas sembahyang...kami pergi ke kubur arwah ayah... Aku yang kena jadi pak imam baca tahlil dan doa...sebab aku ni pak haji & paling lebai di kalangan kami...haha!!..

Lepas tu....kami ikut agenda masing2 lah... Aku diminta oleh Abg Yie untuk pegi tengok pengasuh anak dia yang sakit...Selepas house visit dan free consultation tu....nampaknya sihat sikitlah dia...Mcm bomoh besar lah pulak aku time tu!! Haha...Apa taknya, dengan air liur je, tanpa stetoskop, BP set dan lain-lain alat perubatan...patient nak OK sikit! hehe... Lepas tu kami sekeluarga beraya ke kg asal mak ayah aku, tempat aku dilahirkan...Kg Morak, Tumpat...some 50km from Machang...Melawat nenek aku yang sakit tua...umurnya agaknya dekat 100 tahun kut...ikut IC umur dia baru 87 tahun.. Dia dijaga oleh mak sedara aku...Pastu kami ziarah 3 orang pak-pak & mak sedara di Kg. Morak tu...Dari Tumpat, kami rush balik ke Machang...utk beraya di rumah Jai Othman (xsmsd92) pukul 5.30ptg dalam UiTM Machang... Kat sana si Jai jamu kami dengan lontong, lemang+rendang dan jugak durian wooo...!! Khairi (xsmsd87) sekelurga pun join sama di rumah jai ni...


Malam tu pulak giliran rumah aku pulak...Jai dan Keri join sekali....tapi Keri singgah kejap je sebab anak2 dia dah nak tido dalam tido...maklumlah beraya sakan esp kat rumah Jai...yg ada playground tu!! Sesi barbeque ni idae dari adik-beradik aku ...semua ada - ayam, kambing, lembu, sosej, burger, ikan kolam...Meriah sungguh!!..Sampai tak cukup supply bahan barbeque tu... sebab ada miss-communication sket. Adik ipar aku tak maklum yang mak & adik-beradik dia nak datang beraya malam tu...tu pasal la bahan BBQ tak cukup...Tapi kan rezki Allah tu luas sebenarnya...semua orang dapat merasa BBQ ni...alhamdulillah!...


Next day, raya ke2...kami sekeluarga dah bertolak ke Kuala Mai pulak...Begitulah tiap2 tahun...setiap raya ke2, kami pasti balik ke kg yg satu lagi....Dengan buat gini, masing2 puas hati, mertua pun pun faham...keADILAN mesti sentiasa ditegakkan!!...So far beres aje...kalu ada sikit-sikit tak puas hati tu...biasa la kan...Lagikan lidah bisa tergigit!! hehe....

Sampai je di Kuala Mai....aku terus terbongkang keletihan...al-maklumlah drive dari kul 10 pagi till 4.30 ptg....letih woo brader. Time muda-muda dulu lainlah, steady je travel jauh2 ni... Tapi skrg stamina telah dimakan umur...tak sekuat dulu... Pukul 6.30 ptg baru aku bangun....tengok2 rendang yg tinggal...abis, lemang tinggal sikit je!!..Adoii...tak merasa rendang kuala mai la aku raya tahung ni... Tadok rejeki...nak buat camno...huhuhu...

Pagi ni...kejap lagi,kami nak pegi beraya ke rumah Abg Mubin-Mak Long di Jengka 18...Besok pulak pegi kenduri di Maran...umah sedara mentua aku...then terus balik Dungun..Lusa, anak2 dah sekolah...tapi aku sambung cuti sampai selasa 7hb!!!...hehe. Pejam celik...rasanya kejap je masa berlalu....cuti seminggu tak terasa sangat... Kemeriahan raya tinggal memori....semoga panjang umur, murah rezeki selalu hendaknya... Aku berdoa semoga Allah mengekalkan hidayahNya untuk kami supaya sentiasa berada dalam keimanan!.. Jikalaulah kami dijemput mengadapnya pada bila-bila masapun...biarlah di dalam keimananlah jua hendaknya...Amiin!

Jumpa lagi....wassalam..